Tun Daim Picture by Mukhriz Hazim/Malay Mail

Tun Daim Kata Pakatan Harapan Tidak Sudi Terima Barisan Nasional Sarawak

Pada awal pagi ini, 15 May 2018, Malay Mail yang berpusat di Kuala Lumpur melaporkan bahawa Tun Daim tidak sudi menerima Barisan Nasional Sarawak ke dalam kerajaan Pakatan Harapan yang baharu.  Beliau dipetik sebagai berkata bahawa Ketua Menteri Sarawak. Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg telah menelefon Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Muhammad dan beliau sendiri semalam.  Katanya lagi Pakatan Harapan kini telah cukup ahli parlimen untuk menubuhkan kerajaan dan agar Sarawak dijaga dengan baik.

Kenyataan Tun Daim ini cuba menafikan desas-desus bahawa Barisan Nasional Sarawak, khususnya parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) yang dipimpin oleh Abang Johari, akan menyertai Pakatan Harapan.  Pada 11 May semasa keadaan politik masih bercelaru, Tan Seri James Jemut Masing, salah seorang Timbalan Ketua Menteri Sarawak, telah dilaporkan oleh Malay Mail juga bahawa Tuan Yang Terutama Negeri Sarawak telah bertemu dengan Tun Dr. Mahathir dan Tun Daim di Kuala Lumpur.

Pada 13 May, Ketua Menteri, Abang Johari dilaporkan telah nafikan ada yang inisiatif untuk membawa Barisan Nasional Sarawak menyertai Pakatan Harapan.  Dengan kenyataan ini Abang Johari nafikan kenyataan Timbalan Ketua Menteri beliau sendiri, James Jemut Masing.

Bagaimanapun Datuk Abdul Karim, Menteri Pelancongan, Kebudayaan, Belia dan Sukan Sarawak, dilaporkan berkata bahawa beliau tidak mengetahui pertemuan tersebut.  Beliau menegaskan bahawa Sarawak mempunyai pelbagai sumber untuk mentadbir negeri Sarawak.  Di samping itu beliau juga berkata bahawa Kerajaan Persekutuan bertanggungjawab memberikan peruntukan kewangan mengikut apa yang dimeterikan dalam Perlembagaan Malaysia dan Perjanjian Malaysia.

Semalam, 14 May, seorang lagi Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Awang Tengah, dilaporkan berkata bahawa satu keputusan akan dibuat dalam satu mesyuarat pada 16 May 2018, esok untuk menentukan pendirian pari Pesaka Bumiputera Bersatu.

 

 

Facebook Comments

About sanibsaid

Studied History as my major from the University of Malaya, in particular history of Sarawak for BA, MA and PhD. My writings come from the English literature and my stories are from history. I have written several books, among them are Malay Politics in Sarawak (Oxford, 1985); Melayu Sarawak: Sejarah Yang Hilang (UNIMAS, 2013; 2nd ed. Saramedia, 2016).