Home / Blog / Sultan Tengah Dimartabatkan Lagi Dalam Teater Muzikal

Sultan Tengah Dimartabatkan Lagi Dalam Teater Muzikal

Sultan Tengah telah dimartabatkan lagi dalam sebuah teater muzikal yang pertama di negeri Sarawak dengan persembahan yang pertama pada malam 21 September 2018. Dari segi teknikal teater muzikal ini layak mendapat pujian dan begitu juga dengan keberanian Puan Norhayati Bidin sebagai Penerbit dan Saudara Zakaria Ali Hassan sebagai Pengarah.  Bagaimanapun beberapa orang sejarawan mempertikaian beberapa fakta sejarah.

Di astana Brunei Darussalam

Malam pertama ini telah mendapat sambutan yang menggalakan walaupun sebuah persembahan yang berbayar diadakan di Stadium Perpaduan, Petra Jaya, Kuching. Tetamu kehormat pada malam ini adalah YB Datuk Abdul Karim Abdul Rahman, Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Sarawak; Datuk Hj. Abang Abdul Wahap Abang Julai, Datuk Bandar Kuching Utara dan YB Datuk Fadhillah Hamden.

Pada kali ini dan buat pertama kali pelakaon terkenal dari Semenanjung dan Sarawak telah dipilih untuk memegang watak utama.  Merka adalah Fahrin Ahmad sebagai Sultan Tengah, Mahmud bin Ali Basha sebagai Sultan Abdul Jalil Akbar, Bob Yusop sebagai Penyanyai Gurindam, Safar Ghaffar sebagai Arya Mangkurat, Tini Tyrani sebagai Raja Bonda, Sharifah Nabila Wan Saadie sebagai Puteri Suria Kesuma dan Nurul Syaffina Shariman sebagai Puteri Matan.

Bahtera belayar ke Sarawak

Sultan Tengah telah ditabalkan sebagai Sultan Sarawak Darul Hana sekitar tahun 1599. Kekanda Sultan Abdul Jalil di Negeri Brunei Darussalam telah menganugerahkan Sarawak setelah Pengiran Tengah mencabar kesahihan kekanda ditabal sebagai sultan.  Selepas menyusun pentadbiran Negeri Sarawak, Sultan Tengah yang masih berusia 20 tahun, telah belayar ke Negeri Johar untuk bertemu dengan Raja Bonda.  Dalam pelayaran pulang bahtera Sultan Tengah telah dipukul ribut dan terdampar di Negeri Sukadana di Kalimantan Barat.

Pertabalan Sultan Tengah

Di Negeri Sukadana baginda telah dilayan dengan baik dan berkahwin dengan seorang puteri dan telah mendapat beberapa orang cahaya mata.  Kerana kepintarannya, Sultan Tengah telah menjadi Sultan Sambas. Baginda memerintah Negeri Sambas selama 30 tahun sebelum kembali ke Sarawak.  Setibanya di Santubong baginda telah diserang ketika ke sungai besar di sebalik Batu Buaya.  Baginda telah cedera parah tetapi tidak mangkat ketika juga.  Dalam keadaan demikian dalam sejarah Negeri Sarawak telah Datuk Patinggi telah dilantik memangku tugas-tugas sehinggalah baginda mangkat tujuh tahun kemudian dan dimakamkan di kaki Gunung Santubong.

Arya Mangkurat

Sebenarnya riwayat Sultan Tengah ini telah pertama kali di pentaskan oleh gandingan penerbit dan pengarah yang sama, iaitu Norhayati dan Zakaria pada tahun 1996. Pada tahun 2016 sebuah Bangsawan Sultan Tengah pula telah pentaskan hasil kerjasama Datu Dr. Sanib Said selaku Penasihat, Dr. Hazami Jahari, Penasihat 2, Sdr. Azuan Jemat, Penulis Skrip dan Wahab sebagai Pengarah dengan kerjasama Astana, Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak dan Dewan Bahasa dan Pustaka Sarawak.

Sultan Tengah diserang dan mangkat di sini

Norhayati dan Zakaria mentafsirkan Sultan Tengah sebagai sebuah tragedi dalam kedua-dua pementasan mereka. Sanib dan Azuan, sebagai sejarawan mentafsirkan Sultan Tengah sebagai sebuah epik.

Facebook Comments

About sanibsaid

Studied History as my major from the University of Malaya, in particular history of Sarawak for BA, MA and PhD. My writings come from the English literature and my stories are from history. I have written several books, among them are Malay Politics in Sarawak (Oxford, 1985); Melayu Sarawak: Sejarah Yang Hilang (UNIMAS, 2013; 2nd ed. Saramedia, 2016).

Check Also

Sarawak menolak dasar Maqasid Syariah Pakatan Harapan

Kuching, 29 Ogos 2019 (SNN) – Ketua Menteri Sarawak, YAB Datuk Patinggi (Dr.) Hj. Abang Johari …

Leave a Reply