Home / Uncategorized / SIAPA PENGGANTI TOK NAN? PILIHAN ANTARA DUA PUTERA UNTUK DUN LUNDU

SIAPA PENGGANTI TOK NAN? PILIHAN ANTARA DUA PUTERA UNTUK DUN LUNDU

Adenan bersama dua orang anak lelakinya, Aziz (kanan) dan Azizul (kiri)

PATAH TUMBUH HILANG BERGANTI.  Begitulah pepatah Melayu menyimpulkan tentang kehidupan.  Yang patah akan tumbuh dan yang hilang akan berganti.  Tempoh YAB Datuk Patinggi Tan Sri Hj. Adenan bin Hj. Satem memimpin Sarawak terlalu singkat untuk melaksanakan perubahan besar bagi rakyat Sarawak.  Beliau telah kembali ke rahmatullah pada 11 Januari 2017; daripada Allah dia datang dan kepada Allah dia kembali. Kita kehilangan seorang pemimpin yang luar biasa. Kita hanya dapat berdoa semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas rohnya.

DUN LUNDU:  AZIZ ATAU AZIZUL

Rakyat Sarawak telah kehilangan seorang pemimpin dan Lundu telah kehilangan seorang Wakil Rakyat di Dewan Undangan Negeri Sarawak.  Yang hilang pasti berganti menjelang 18 Februari 2017 dalam pilihan raya kecil yang akan datang.  Selepas berkabung dalam kesedihan selama seminggu kini telah tiba masanya untuk mencari pengganti Tok Nan.  Akhbar dan media sosial telah membuat  ramalan masing-masing; ada yang bersifat emosional dan ada yang bersifat akademik.  Rupanya tidak begitu mudah mencari pengganti Allahyarham Tok Nan.  Allahyarham Tok Nan diwarisi oleh dua orang putera  iaitu Aziz dan Azizul.

TIGA NAMA

Pada minggu lepas terdapat lima nama yang diuar-uarkan dalam media masa.  Bagaimanapun Pengarah Pilihan Raya Kecil Lundu, YB Datuk Wan Junaidi telah menyatakan beliau akan menyampaikan tiga nama sahaja kepada YAB Datuk Amar Abang Johari, Presiden PBB dan Ketua Menteri.  Mantan Pegawai Daerah Lundu dan Pegawai Khas Tok Nan, Azmi Bujang telah disebut-sebut dan begitu juga Bujang Helmi, mantan Setiausaha Politik.  Tetapi mereka berdua telah menarik diri.  Kini nama yang ketiga itu besar kemungkinannya adalah balu Allahyarham Tok Nan, Puan Sri Datuk Amar Hajah Jamilah binti Anu walaupun beliau dilaporkan agak keberatan untuk menggantikan tempat suaminya.

Siapakah yang akan dipilih oleh parti PBB?  Kita nantikan keputusan PBB dan spekulasi penganalisa politik serta pemerhati politik Sarawak dari masa ke semasa.

Facebook Comments

About sanibsaid

Studied History as my major from the University of Malaya, in particular history of Sarawak for BA, MA and PhD. My writings come from the English literature and my stories are from history. I have written several books, among them are Malay Politics in Sarawak (Oxford, 1985); Melayu Sarawak: Sejarah Yang Hilang (UNIMAS, 2013; 2nd ed. Saramedia, 2016).

Check Also

AWANG TENGAH LAYAK JADI TIMBALAN KETUA MENTERI: RAMALAN JADI KENYATAAN

YB DATUK AMAR AWANG TENGAH BIN ALI HASSAN telah diramalkan oleh akhbar-akhbar negeri dan nasional …

Leave a Reply