Sebuah Puisi: Seorang Balu Bunting, Berkurun Terbaring

seorang balu bunting

seorang balu bunting

berkurun terbaring

di ranjang crocker range

mukamu

retak seribu

dibakar api

penjajahan mentari siang

penindasan sejuk membeku bayu malam

cakaran musim pemimpin bergilir

airmatamu

torehan seribu

anak sungai mengalir

melayan seribu kuli

menyesali lelaki datang dan pergi

mengheret balak muntah di kuala benoni

tubuhmu

berkudis seribu

menjadi kusta ekonomi

menahan hentakan cangkul kompeni

terkaman jentolak besi koloni

sarang pelarian saudara sendiri

gunung kesabaranmu

batu keredhaanmu

hutan kesetiaanmu

lautan kasihmu

tersimpan

hutan sejuta usia

bunga sejuta warna

margastua sejuta nama

timbul sejuta pulau

lautan sejuta ikan

masa sejuta musim

karun sejuta harga

subuh sejuta ilham

petang sejuta lukisan

seorang balu bunting

apa lagi rahsiamu?

mas mh637 kk-kch

9-10 pagi 5syawal/30 november 2003

Facebook Comments

About sanibsaid

Majored in History from from the University of Malaya, in particular history of Sarawak for BA, MA and PhD. My writings come from the English literature and my stories are from history. I have written several books, among them are Malay Politics in Sarawak (Oxford, 1985); Melayu Sarawak: Sejarah Yang Hilang (UNIMAS, 2013; 2nd ed. Saramedia, 2016).