KABINET ABANG JO BEBAS RASUAH

Dalam mesyuarat kabinet yang pertama, YAB Ketua Menteri, Datuk Amar Hj. Abang Johari bin Tun Hj. Abang Openg bersama ahli kabinet telah mengangkat sumpah bebas rasuah pada 25 Januari 2017. Amalan terpuji ini telah dimulakan pertama kali oleh Tok Nan dengan disaksikan oleh Ketua Pesuruhjaya, Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM).
PKR TIDAK BERTANDING DI LUNDU
Baru Bian mengesahkan bahawa PKR tidak akan menyertai pilihan raya kecil DUN Lundu pada 18 Februari 2017 ini. Beliau berkata PKR menghormati Tok Nan dan juga hanya memberi tumpuan kepada Pilihan Raya Umum yang diramal akan diadakan pada bila-bila masa sahaja.