Puisi Buat Orang Pencen Yang Menyambut Tahun Baharu

Aku Tanggalkan Jam Tanganku

MEMORANDUM

Kepada:

Penyimpan Mohor Masa,

 

Aku tanggalkan jam tangan

Aku cabut papan nama depan pintu

Aku cabut takwim terpaku

Aku serahkan kad kedatangan

Aku kembalikan kepada bulan

Aku pulangkan kepada tahun

Aku kembalikan kepada masa

 

Maaf, 2014

Tiada lagi azam sebagai hadiah

Tiada lagi akujanji

Tiada lagi SKT

Selamat tinggal tahun

Jangan jumpa lagi!

 

Masa,

Aku ucapkan terima kasih

Kerana meminjamkan waktu

Aku berharap jam itu masih berdetik

Dan takwim masih menghitung hari dan bulan

Selamat tinggal, aku mohon diri

Aku akan berpindah mengikut anakku ke Simunjan

Di sini waktu telah lama berhenti.

 

Yang Bersara

Si Tua

Facebook Comments

About sanibsaid

Majored in History from from the University of Malaya, in particular history of Sarawak for BA, MA and PhD. My writings come from the English literature and my stories are from history. I have written several books, among them are Malay Politics in Sarawak (Oxford, 1985); Melayu Sarawak: Sejarah Yang Hilang (UNIMAS, 2013; 2nd ed. Saramedia, 2016).