Blog

PUAN SRI JAMILAH: CALON BARISAN BERKEMPEN HANYA DARI RUMAH

Jamilah sedang sibuk menguruskan kempen dari dapur rumahnya di Santubong

Wawancara Eksklusif Bersama Puan Sri Jamilah Anu, calon Tanjung Datu
Oleh Dr Awang Azman Awang Pawi – February 10, 2017

Nota:  Hari ini genaplah 30 hari Tok Nan meninggalkan kita untuk menemui PenciptaNya.  Namum yang masih di dunia ini masih meneruskan perjuangan Allayarham, khususnya bagi kawasan N3 Tanjung Datu.  Kawasan ini sebenarnya terletak di hujung barat negeri Sarawak tetapi dekat dengan ibu negeri, Kuching.  Nama Tanjung Datu adalah nama penting dalam sejarah orang Melayu yang diambil dari nama Datu Merpati, tokoh sejarah yang mengasaskan Negeri Melayu Sarawak pada tahun 600M lagi. Sanib Said

TEMPOH EDAH

Terdapat pelbagai cara untuk berkomunikasi dengan rakyat. Tempoh edah empat bulan sepuluh hari sesuai dengan kehendak agama dijalani dengan penuh hormat dan tertib. Hal ini menunjukkan calon PBB N3, Puan Sri Jamilah Anu tidak mengabaikan aspek agama untuk kelangsungan politik di Tanjung Datu.

Sesuai dengan kemudahan teknologi, maklumat terdapat pelbagai cara untuk berkomunikasi dengan rakyat selain daripada berdepan secara bersemuka. Justeru, pengkaji menggunakan whatsapp untuk bertanyakan gagasan, buah fikiran, matlamat Puan Sri Jamilah bagi PRK ini.

Idea, gagasan dan buah fikiran ini penting diketahui oleh penduduk di Tanjung Datu bagi melihat visi calon, Puan Sri dalam PRK ini dan hala tuju serta masa depan Tanjung Datu.

Ikutilah sedutan wawancara ini:

Terima kasih Puan Sri kerana sudi menjawab soalan-soalan yang saya kemukakan. Bagi saya, soalan ini penting bagi memberikan pencerahan khususnya kepada warga Tanjung Datu meskipun selama ini semua penduduk di sini mengenali Puan Sri untuk sekian lama.

Apakah visi Puan Sri di Tanjung Datu apabila menang pada PRK nanti?

Visi saya adalah untuk memajukan serta menambahkan lagi nilai tahap ekonomi dan mempertingkatkan kemudahan asas/infrastruktur di Tanjung Datu seperti yang diperjuangkan oleh Allahyarham Tok Nan untuk rakyat sebelum ini.

Sebahagiannya sudah dilaksanakan oleh Tok Nan dan sebahagian lagi akan saya laksanakan jika saya terpilih nanti.

Apakah isu-isu utama yang Puan Sri akan perjuangkan di Dewan Undangan Negeri Sarawak apabila terpilih?

Kita perlu faham, keluasan Sarawak hampir menyamai seluruh Semenanjung Malaysia. Keluasan ini menyebabkan pembangunan perlu diagih-agihkan kepada semua tempat tertakluk kepada belanjawan Pusat dan Negeri. Jadi, isu politik pembangunan masih lagi relevan.

Maka isu-isu utama ialah kemudahan asas seperti bekalan air dan elektrik. Tanjung Datu ialah kawasan luar bandar dan berkeluasan besar. Memang kerajaan mengambil masa untuk menyediakan kemudahan-kemudahan asas berdasarkan faktor muka bumi dan saya akan memastikan usaha berterusan untuk kemudahan rakyat.

Bagaimana Puan Sri berkempen dalam tempoh edah ini?

Ahli keluarga dan ahli-ahli parti bertungkus-lumus pergi ke setiap pelosok Tanjung Datu. Walaupun saya masih dalam tempoh edah dan dikehendaki berada di rumah sahaja, saya akan memastikan perjalanan kempen dilakukan dengan secara teratur dan menerima laporan setiap hari melalui telefon, aplikasi WhatsApp dan sebagainya. Ternyata sesuai dengan perkembangan teknologi, pelbagai kaedah dapat digunakan untuk menghebahkan maklumat dan memberikan pencerahan kepada rakyat.

Bagaimana Puan Sri melihat PRK ini yang melibatkan pertandingan tiga penjuru ini?

Pertandingan tiga penjuru pada PRK pada kali ini membuktikan proses demokrasi yang akan menentukan wakil yang benar-benar dimahukan rakyat. Saya menghormati dan menyanjung amalan demokrasi. Sesiapa sahaja berhak untuk bertanding.

Biarlah rakyat di Tanjung Datu menilai sendiri dan membuat keputusan.

Fokus saya bukan kepada calon-calon lain, fokus saya ialah rakyat Tanjung Datu. Perjalanan politik hidup saya selama ini adalah di belakang suami saya secara tidak langsung. Sekarang saya akan pastikan untuk sambung perjuangan Allahyarham suami saya secara langsung untuk memastikan rakyat Tanjung Datu menikmati pembangunan dan kemajuan.

Apakah yang menyebabkan Puan Sri bersetuju apabila dipilih sebagai wakil rakyat oleh Abang Jo?

Apabila YAB Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Openg mengumumkan saya terpilih sebagai calon Tanjong Datu, saya anggap itu sebagai amanah dan tanggungjawab yang saya perlu penuhi. Sebelum ini saya memang terlibat dalam aktiviti-aktiviti kemasyarakatan dan kebajikan. Saya bersetuju demi rakyat Tanjung Datu yang sama-sama menyokong perjuangan arwah suami saya.

Sejauh manakah Puan Sri melihat PRK ini sebagai kesinambungan pembangunan tok nan?

Saya mahu memastikan perjuangan Allahyarham Tok Nan untuk rakyat Tanjung Datu diteruskan, banyak lagi perancangan arwah suami saya untuk kawasan Tanjung Datu yang tidak sempat dilaksanakan dan ruang inilah saya akan perjuangkan selagi khidmat saya diperlukan oleh rakyat Tanjung Datu.

Apakah cabaran utama dalam PRK ini pada hemat Puan Sri?

Cabaran utama ialah penerimaan masyarakat mengenai saya selaku isteri kepada bekas Ketua Menteri sebagai calon wakil rakyat. Ada yang mempersoalkan mengenai status, protokol dan sebagainya.

Ingin saya nyatakan bahawa arwah suami saya tidak menghiraukan status atau protokol demi rakyat, saya juga seperti beliau, iaitu kesejahteraan rakyat merupakan perkara utama dan terus tersemat di hati nurani saya.

Bagaimanakah Puan Sri melihat isu NCR yang cuba dibangkitkan oleh pembangkang dalam PRK ini?

Isu NCR memang menyentuh sensitiviti masyarakat bumiputera di Sarawak. Saya percaya pihak kerajaan Barisan Nasional berusaha untuk menyelesaikan isu tersebut secara rasional dengan mengambil kira kepentingan semua pihak terutamanya masyarakat bumiputera.

Puan Sri berpengalaman puluhan tahun dalam kehidupan dunia politik. Bagaimana Puan Sri melihat pembangunan di negeri Sarawak dan apakah strategi puan seri untuk membantu melonjakkan lagi pembangunan di Sarawak?

Rakyat Sarawak beruntung kerana di bawah kepemimpinan pemimpin-pemimpin Barisan Nasional, banyak kemudahan yang dinikmati dan bakal dinikmati seperti Lebuh Raya Pan Borneo, jambatan Sungai Batang Kayan, pembinaan pusat-pusat pendidikan teknikal seperti Centexs dan sebagainya.

Strategi pembangunan yang dilaksanakan oleh pemimpin-pemimpin kita sebelum ini sudah terbukti berkesan dan saya tetap akan membantu untuk meneruskannya demi rakyat secara keseluruhan.

Selain itu, saya sentiasa bersama arwah suami hingga ke akhir hayat Allahyarham. Secara tidak langsung saya telah mempelajari strategi dan selok-belok berpolitik untuk kemajuan rakyat secara berhemah dan bijaksana untuk melonjakkan lagi pembangunan di Sarawak.

Jadi, strategi saya hampir sama dengan Allahyarham Tok Nan dan akan diperbaharui dari semasa ke semasa sesuai dengan perkembangan dan perubahan semasa.

Terima kasih Puan Sri. Kita doakan akan beroleh kemenangan besar.

Sama-sama. Terima kasih atas doa.

Disiarakan di sanibsaid.com dengan kebenaran Sarawakvoice

Facebook Comments

sanibsaid

Studied History as my major from the University of Malaya, in particular history of Sarawak for BA, MA and PhD. My writings come from the English literature and my stories are from history. I have written several books, among them are Malay Politics in Sarawak (Oxford, 1985); Melayu Sarawak: Sejarah Yang Hilang (UNIMAS, 2013; 2nd ed. Saramedia, 2016).

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button
Close