Blog

PENUBUHAN PERSEKUTUAN MALAYSIA: DOKUMEN DAN FAKTA DATO STEPHEN KALONG NINGKAN YANG DILUPAKAN

Dato Stepeh Kalong Ningkan Ketua Menteri Sarawak membaca Proklamasi Sarawak merdeka dalam Malysia
Dato Stepeh Kalong Ningkan Ketua Menteri Sarawak membaca Proklamasi Sarawak merdeka dalam Malysia

 

Semua dokumen berkaitan dengan penubuhan Malaysia telah dibentangkan dalam dewan legislatif semua negara dan negeri yang terlibat. Walaupun masih sebuah koloni British, Council Negeri Sarawak telah membahaskan cadangan penubuhan Malaysia dan diluluskan oleh wakil rakyat Sarawak pada 26 September 1962. Malah parlimen British sendiri mesti meluluskan koloninya Sarawak menyertai penubuhan Malaysia terlebih dahulu. Begitu juga semua sultan dan negeri di Persekutuan Tanah Melayu berbuat demikian. Dalam lain perkataan semua rakyat dan semua prosidur demokrasi berparlimen telah meluluskan penubuhan Malaysia.

Perlantikan Tun Abang Openg menjadi Gabenor Sarawak yang pertama, 16.9.1963
Perlantikan Tun Abang Openg menjadi Gabenor Sarawak yang pertama, 16.9.1963

Justeru itu apa jua perubahan yang dituntut harus mematuhi Perlembagaan Malaysia dalam semangat amalan demokrasi berparlimen serentak dengan suara rakyat. Puncak amalan demokrasi adalah melalui pilihan raya yang harus dihormati dan bukan mengapi-apikan emosi rakyat seperti SSKM yang telah tutup hampir setahun lalu.

Sejak tahun 2013 ada segelintir rakyat Sarawak yang menganggap negeri Sarawak mempunyai kedudukan istimewa ketika penubuhan Malaysia seolah-olah seperti Malaysia ini sebuah konfederasi dan bukan federasi. Sarawak menubuhkan Malaysia sebagai sebuah koloni dan bukan sebuah negara. Fakta ini terpahat dalam Proclamation telah dibaca oleh Dato’ Stephen Kalong Ningkan, Ketua Menteri Sarawak pada 16 September 1963:

And whereas in pursuance of this principle Her Majesty’s Government by an agreement entered into on the 9th day of July, 1963, with the Government of the Federation of Malaya, the Government of the State of Singapore and the Governments of the colonies of Sarawak and North Borneo it was agreed that the State of Singapore and the Colonies of Sarawak and North Borneo shall be federated with the Federation of Malaya, and that the said Federation shall be known as Malaysia.”

Jelaslah di dalam dokumen ini fakta yang terpapar menunjukkan Sarawak bertaraf sebuah koloni, tanah jajahan Britain ketika menubuhkan Malaysia.  Faktanya Sarawak bukanlah sebuah negara seperti yang dilaungkan oleh beberapa pihak di Sarawak yang kononnya pakar dalam sejarah dan hal ehwal Sarawak.

#Malaysia #Sarawak

Facebook Comments

About sanibsaid

Studied History as my major from the University of Malaya, in particular history of Sarawak for BA, MA and PhD. My writings come from the English literature and my stories are from history. I have written several books, among them are Malay Politics in Sarawak (Oxford, 1985); Melayu Sarawak: Sejarah Yang Hilang (UNIMAS, 2013; 2nd ed. Saramedia, 2016).
View all posts by sanibsaid →

Leave a Reply