Pecah Pala Mikir … Kelakar Kita Jak … Melayu Sarawak Bisu Maok Dipikat Sidak yoo

Melayu Sarawak Dipikat Parti Politik Lama dan Baharu:  Apa Hal Dengan PBB? Geney kitak tok?

Melayu Sarawak kini menjadi buruan banyak parti politik dari dalam dan luar negeri Sarawak.  Mereka sekian lama setia menyokong PBB, ramai yang bukan ahli, memegang kuasa sebagai tunjuang Kerajaan Negeri Sarawak semenjak tahun 1966 lagi.  Mereka lebih banyak diam dalam apa jua keadaan politik, ekonomi, sosial sama ada pada masa aman dan yang lebih mengelirukan dalam keadaan krisis politk sekali.  Sama jua tsunami politik ataupun krisis politik.

Sikap berdiam diri ini menjadi tanda tanya penting?  Ada cuba buat parti baharu  SEDAR tapi sejap dan pesan, terus tidur.  PKR memang sejak 20 tahun nelan air liur saja.  PAS selama 50 tahun lelah sakit geruk.   Jangan cakap fasal DAP sejak 50 tahun jauh pa awi.

Selepas PRU14 ini parti baharu dari Malaya pula datang bertandang cuba memikat Melayu Sarawak yang masih malu membisu.  Apa hal sidak tuk gago datang situk?  Tempat dirik pun sik tentu arah!  Maka datanglah utusan dari Perdana Menteri baharu memerisik membawa PPBM, bunyi maca PBB jua.  Datang agik parti Mat Sabu, Amanah, kalakarnya tuk.  Si tua bangkak, UMNO yang telah lama ditulak ada bunyi-bunyi jua maok meminang lagik walaupun udah runga’.

Kuyak binit Piyoo (petunggal Yahoo)

Facebook Comments

About sanibsaid

Studied History as my major from the University of Malaya, in particular history of Sarawak for BA, MA and PhD. My writings come from the English literature and my stories are from history. I have written several books, among them are Malay Politics in Sarawak (Oxford, 1985); Melayu Sarawak: Sejarah Yang Hilang (UNIMAS, 2013; 2nd ed. Saramedia, 2016).