Pembentangan Resolusi Seminar Hak Adat Bumiputera Melayu Sarawak

MELAYU SARAWAK TUNTUT HAK ADAT BUMIPUTERA BERBENTUK KEDAULATAN ATAU RIGHTS TO SOVEREIGNTY

 

RESOLUSI SEMINAR HAK ADAT BUMIPUTERA MELAYU SARAWAK

anjuran

Ikatan Graduan Melayu Sarawak (IGMS)

dengan kerjasama

Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS)

Dewan HIKMAH, Kuching, Sarawak, 29 Januari 2018

SETELAH MEMBENTANG, MEMBAHAS DAN MEMBENGKELKAN 3 [TIGA] KERTAS KERJA YANG BERKAITAN DENGAN HAK ADAT BUMIPUTERA MELAYU SARAWAK AMNYA DAN ISU PEMAKAI MENOA DAN PULAU GALAU KHUSUSNYA OLEH 250 ORANG PESERTA MELAYU DARI SELURUH NEGERI SARAWAK MAKA DENGAN INI KAMI ISYTIHARKAN MEMORANDUM RESOLUSI SEMINAR HAK ADAT BUMIPUTERA MELAYU SARAWAK SEPERTI BERIKUT:

  1. Seminar ini mendesak Kerajaan Negeri mencari definisi territorial domain yang sesuai untuk mengambil kira pendapat masyarakat bangsa Melayu Sarawak yang mempunyai sejarah dan kebudayaan yang berbeza yang boleh dikenali sebagai Hak Adat Bumiputera Melayu Sarawak.
  2. Mengesa Kerajaan Negeri menubuhkan Task Force Hak Adat Bumiputera Melayu Sarawak dalam tempoh 14 hari dengan perincian berikut:
    1. Task Force Hak Adat Bumiputera Melayu Sarawak mestilah segera bermesyuarat memandangkan Task Force yang telah ditubuhkan Kerajaan Negeri Sarawak telah mengadakan 16 perbincangan, mesyuarat dan juga proses meminda Sarawak Land Code (1958) yang sedang digubal tanpa pandangan masyarakat Melayu Sarawak.
  3. Menegaskan bahawa definisi territorial domain mestilah menerima perbezaan kaum bangsa Melayu Sarawak dengan kaum lain meliputi hutan daratan, anak sungai, gunung-ganang, gua, pulau-pulau, pulau hutan, serta foreshore dan seabed berserta sumber hasilnya sekali DAN menerima kuasa adat berdaulat negeri Melayu awal yang melibatkan pentadbiran tanah seperti hak tulin (tulin rights), hak kuripan, hak kerajaan, hak sungai, hak anak sungai dan hak sempadan negeri Melayu awal bukan sahaja di pesisir tetapi juga di pedalaman seperti di Ulu Sarawak, Ulu Skrang, Ulu Lemanak, Ulu Layar, Belaga, Tatau, Kakus, Baram.
  4. Definisi Hak Adat Bumiputera (HAB) Melayu Sarawak atau Native Customary Rights (NCR) ke atas foreshore and seabed, batang, sungai, anak sungai, tebing sungai, tanah dasar sungai dan pasir, tebingan sungai.
  5. Mendesak Kerajaan Negeri mengiktiraf Hak Adat Bumiputera Melayu Sarawak berdasarkan historical sovereignty rights of the descendants of the Malay kingdoms.
  6. Pindaan ke Sarawak Land Code (1958) kerana tidak mengambilkira HAB semasa digubal pada tahun 1958 dan begitu juga pindaan-pindaan yang telah dilakukan MAKA pindaan baharu dengan wajib mengambilkira HAB Melayu Sarawak tentang perkara berikut:
    1. Sejarah dan kebudayaan ketamadunan Melayu Sarawak yang bersifat oral literacy dan written literacy, a scriptorium society.
    2. Sejarah kaum Melayu dalam membentuk Negeri Santubong (600M); Brunei (860M); Negeri Samarahan-Sadong (1200M); Negeri Kalaka (1365); Negeri Saribas (1450M) dan Negeri Banting (1570M), Bintulu dengan bukti lisan, manuskrip, dokumentari, arkeologi, tanah perkuburan, toponim dan tesis.
    3. Menerima kanun yang berkaitan kuasa, pentadbiran dan klasifkasi tanah seperti kuripan, tulin, sungai, anak sungai, lubuk, tanah mati, tanah hidup, tanah huma, rimba beramu, rimba memburu, lubuk di sungai dan laut.
  7. Menggesa Kerajaan Negeri mengaktifkan semula Lembaga Adat Istiadat Melayu Sarawak seperti yang terkandung dalam Ordinan Majlis Islam untuk berfungsi dan berperanan dengan segera.
    1. Lembaga Adat Istiadat Melayu Sarawak hendaklah berfungsi untuk mengumpul dan mengkaji hak adat Bumiputera Melayu Sarawak.
    2. Lembaga Adat Istiadat Melayu Sarawak hendaklah berperanan untuk menasihati kerajaan negeri dalam menggubal adat dan warisan kebudayaan Melayu dan diterbitkan sebagai rujukan penting.
    3. Kerajaan negeri hendaklah mengiktiraf hak adat bumiputera Melayu Sarawak yang diterbitkan dan diiktiraf sebagai salah satu sumber perundangan yang diterima pakai di negeri Sarawak.
  8. Mendesak Kerajaan Negeri Sarawak 600,000 hektar tanah Hak Adat Bumiputera Sarawak yang diluluskan dalam Resolusi Simposium Budaya Sarawak 1996 dari Resolusi Seminar Budaya Melayu Sarawak 1996 segera diluluskan seperti juga 2,000,000 hektar tanah Hak Adat Bumiputera Sarawak yang telah diluluskan Kerajaan Negeri Sarawak pada tahun 2001 di mana 640,000 hektar telah disukat dengan peruntukan Kerajaan Malaysia sebanyak RM30juta.
  9. Mendesak Kerajaan Negeri Sarawak mengantikan tanah Hak Adat Bumiputera Sarawak yang telah diambil, diserah dan dijual sama ada dalam bentuk Mixed Zone atau tidak, perlu diganti dengan tanah Kerajaan Negeri Sarawak dengan sewajarnya.
    1. Menuntut kawasan tanah adat bumiputera Melayu Sarawak dikecualikan daripada kawasan tanah PL.
    2. Menggesa kerajaan negeri Srawak melalui Jabatan Tanah dan Survei dan juga Pejabat Residen serta Jabatan Hutan untuk mengeluarkan secara automatik mana-mana perkampungan orang Melayu/Bumiputera daripada kawasan PL dan rizab hutan.
  10. Mendesak Kerajaan Negeri Sarawak memberikan jawapan dan pendirian ke atas semua resolusi ini dalam tempoh 14 hari. Jika tiada jawapan dan siaran pendirian, kami akan mengambil tindakan susulan setiap 14 hari sehingga tuntutan ini diterima.
  11. Bersetuju menubuhkan badan bertindak terdiri dari semua NGO Melayu-Islam dengan serta-merta dengan nama Badan Hak Adat Bumiputera Melayu Sarawak (BAHAM).

 

Disertai dan disokong oleh:

Ikatan Graduan Melayu Sarawak (IGMS)

Persatuan Kebangsaan Melayu Sarawak (PKMS)

Persatuan Melayu Sarawak (PMS)

Persatuan Melayu Miri (PMM)

Persatuan Melayu Limbang (PML)

Persatuan Warga Islam Saribas (PEWARIS)

Harakah Islamiah – HIKMAH

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)

Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA)

Halaqah Kemajuan Muslim Sarwaak (HIKAM)

Gagasan Pendidikan Sarawak

Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Sarawak (IKRAM)

Persatuan Anak Jati Lawas Sarawak (JATI)

Persatuan Anak Limbang Kuching (DANGSANAK)

 

(sebagai salinan digital tidak perlu tandatangan)

__________________________

(Datu Dr. Haji Sanib bin Haji Said)

YANG DIPERTUA

IKATAN GRADUAN MELAYU SARAWAK

Penganjur Seminar Hak Adat Bumiputera Melayu Sarawak

29 Januari 2018M

Facebook Comments

About sanibsaid

Studied History as my major from the University of Malaya, in particular history of Sarawak for BA, MA and PhD. My writings come from the English literature and my stories are from history. I have written several books, among them are Malay Politics in Sarawak (Oxford, 1985); Melayu Sarawak: Sejarah Yang Hilang (UNIMAS, 2013; 2nd ed. Saramedia, 2016).