Blog

Kebebasan Warga Sabah Ancam Daerah Lawas

Kebebasan kemasukan warga Sabah ke Sarawak akan mengancam keamanan Daerah Lawas.  Perkara ini membimbangkan warga Daerah Lawas apa bila dalam satu majlis rasmi di Kota Kinabalu pada 15 Oktober 2019, Ketua Menteri Sarawak, YAB Datuk Patinggi D. Abang Johari bin Tun Abang Openg telah mengumumkan cadangan memberikan kebebasan warga Sabah memasuki Sarawak.

Cadangan ini mencetuskan beberapa persoalan dan mnarik pandangan dari pelbagai sudut.  Adakah cadangan ini satu keputusan untuk menyelesaikan masalah?  Apakah ada masalah tentang peraturan imigresen pada masa ini?  Apakah ada rungutan penduduk Lawas tentang perkara ini?  Atau ada rungutan warga Sabah?

Penduduk Gusar

Penduduk Daerah Lawas yang bersempadan yang dengan Sabah berasa gusar tentang perkara ini jika dilaksanakan nanti.  Dari sumber-sumber yang dipercayai penduduk Daerah Lawas secara umum tidak ada masalah tentang peraturan sedia ada.  Sebaliknya bagi penduduk Lawas mereka risau tentang kemasukan warga Sabah ke Daerah Lawas. Memandangkan Sabah bersempadan dengan negara jiran yang bergejolak di selatan Philippines telah menyebabkan pelarian warga asing. Daerah Lawas terdedah kepada elemen jenayah yang telah lama wujud di Sabah.  Justeru itu cadangan untuk memudahkan lagi kaedah kemasukan warga Sabah tidak mendapat sambutan.  Mungkin jiran kita, Negara Brunei Darussalam turut berasa bimbang juga.

Selama ini penduduk Daerah Lawas menahan penderitaan penularan masalah ketagihan dadah dan peningkatan kes jenayah.  Penduduk Daerah Lawas sedia maklum bahawa Sabah menjadi pembekalan dadah sehingga menyebabkan Lawas telah disenaraikan sebagai kawasan hitam ketagihan dan jenayah dadah oleh Kerajaan Persekutuan pada tahun lepas.

Bahaya Lambakan Dadah

Selain dari bahaya lambakan dadah, Kerajaan juga harus mempertimbangkan masalah jenayah.  Umum sedia maklum bahawa Sabah sejak sekian lama menanggung beban pendatang asing dari dua negara jiran, Philippines dan Indonesia.  Dengan sempadan antarabangsa luatan yang tidak bertanda dan sempadan daratan yang bocor, masalah ini akan terus menjadi kritikal.  Malah pada masa ini telah wujud penempatan warga asing di Daerah Lawas, Limbang dan Miri.  Walaupun dari segi kemanusiaan ada pendatang asing berniat suci untuk mencari kehidupan yang baik untuk keluarga dan anak-anak yang tidak berdosa, namun pasti juga ada pendatang asing yang bergelumang dengan dosa jenayah.

Fikirkan Semula

Cadangan Ketua Menteri ini akan menjadikan kemasukan dadah sukar dikawal dan akan terus merosakkan golongan belia, khususnya dan masyarakat, amnya.  Penjenayah juga akan mengambil peluang ini dan akan mengancam amanan dan keselamatan Daerah Lawas.  Dalam jangka panjang masalah yang sama ini akan sebaliknya merebak ke daerah-daerah lain di Sarawak.  Justeru itu cadangan ini perlu difikirkan semula.

Facebook Comments

sanibsaid

Studied History as my major from the University of Malaya, in particular history of Sarawak for BA, MA and PhD. My writings come from the English literature and my stories are from history. I have written several books, among them are Malay Politics in Sarawak (Oxford, 1985); Melayu Sarawak: Sejarah Yang Hilang (UNIMAS, 2013; 2nd ed. Saramedia, 2016).

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button
Close