Home / Uncategorized / KABINET PERTAMA ABANG JOHARI: KEPUTUSAN BERANI

KABINET PERTAMA ABANG JOHARI: KEPUTUSAN BERANI

Abang Johari semasa sidang media di Dewan Undangan Negeri Sarawak, 19 Jan 2017

Kabinet pertama YAB Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari bin Tun Abang Openg yang diumumkan pada 19 Januari 2017 menunjukkan satu keputusan berani. Abang Johari yang menggantikan Allahyarham YAB Datuk Patinggi Tan Sri Haji Adenan bin Satem, Ketua Menteri Sarawak yang kelima yang kembali ke rahmatullah pada 11 Januari 2017 telah mengambil masa selama tujuh hari tempoh berkabung untuk memikirkan dan membuat keputusan tentang Kabinet Negeri Sarawak yang baharu. Kabinet ini biasanya diberikan gelaran atas nama beliau sendiri: Kabinet Abang Jo.

TIADA PERUBAHAN

“Basically there are no changes,” kata Abang Johari seperti yang dipetik oleh akhbar Borneo Post. Tajuk berita Utusan Sarawak tidak menunjukkan reaksi, sekadar “7 Menteri, 18 Menteri Muda Angkat Sumpah”.

SPEKULASI AWANG TENGAH TIDAK TERTUNAI
Awang Tengah bin Ali Hasan

Jika dianalisa keputusan Abang Johari untuk tidak melakukan perubahan adalah keputusan yang berani. Juga mengejutkan. Beliau begitu tegas tidak menunaikan sepekulasi di kalangan orang ramai, Whatsapp, akhbar dan media sosial bahawa YB Datuk Amar Awang Tengah bin Ali Hassan akan diangkat menjadi Timbalan Ketua Menteri yang dikosongkan oleh beilau sendiri.

PELUANG MENTERI MUDA KEKAL KOSONG

Keputusan ini tidak berhenti begitu sahaja. Ini adalah kerana apabila portfolio Timbalan Ketua Menteri dibiarkan kosong maka peluang seorang Menteri Muda untuk menjadi Menteri di kalangan wakil masyarakat Melayu tersekat. Antara mereka yang disebut-sebut menjadi menteri penuh adalah YB Datuk Hj. Talib bin Zulpilip, YB Datuk Hj.Mohamad Naroden bin Majais, YB Datuk Hj. Abdul Karim bin Abdul Rahman, YB Datuk Hj. Julaihi bin Narawi.

SARIBAS TIADA PENGGANTI

Dan seterusnya seorang wakil rakyat Melayu juga telah kehilangan peluang untuk menjadi Menteri Muda. Walaupun terdapat ramai Menteri Muda tetapi ada kawasan Melayu yang belum diwakili. Lembah Sungai Saribas yang menampung penduduk Melayu yang kedua terbesar masih belum ada yang menggantikan Datuk Hj.Bolhassan bin Di.

DESAKAN DAN LOBI

Ada akhbar melaporkan terdapat desakan dan lobi yang sengit. Justeru itu YAB Ketua Menteri, Abang Johari telah mengambil keputusan yang berani untuk membentuk kabinet beliau yang pertama ini dengan melakukan perubahan kecil sahaja.

Facebook Comments

About sanibsaid

Studied History as my major from the University of Malaya, in particular history of Sarawak for BA, MA and PhD. My writings come from the English literature and my stories are from history. I have written several books, among them are Malay Politics in Sarawak (Oxford, 1985); Melayu Sarawak: Sejarah Yang Hilang (UNIMAS, 2013; 2nd ed. Saramedia, 2016).

Check Also

AWANG TENGAH LAYAK JADI TIMBALAN KETUA MENTERI: RAMALAN JADI KENYATAAN

YB DATUK AMAR AWANG TENGAH BIN ALI HASSAN telah diramalkan oleh akhbar-akhbar negeri dan nasional …

Leave a Reply