Home / Blog / DAYAK GAGAL TUNTUT TANAH HAK ADAT BUMIPUTERA

DAYAK GAGAL TUNTUT TANAH HAK ADAT BUMIPUTERA

Dayak berunjuk rasa kerana gagal tuntut tanah adat. Gambar Borneo Post

SAYA TIDAK BERNIAT UNTUK memberi pandangan dari sudut lain tentang keputusan Mahkamah Persekutuan menolak satu tuntutan Tanah Adat Bumiputera di Sarawak pada 20 Disember 2016.  Perkara ini adalah isu yang panas di kalangan warga Dayak, khususnya warga Iban.  Biar sahaja mahkamah dan peguam yang berhujah dan telah bermula sejak bulan Mac 2016 lagi.

HAK TANAH ADAT MELAYU DAN MELANAU
Snowdan Lawan

Bagaimanapun saya terpanggil untuk memberikan pandangan dari sudut lain pada minggu pertama tahun 2017 ini.  Ada dua sebab yang telah mengubah pendirian awal itu.  Pertama seorang pemimpin Iban, Snowdan Lawan, Ketua Pemuda Parti Rakyat Sarawak (PRS) telah membuat kenyataan bahawa Hak Adat Bumiputera (HAB)/Native Customary Rights (NCR) bahawa “non-Dayak Bumiputera” juga ada hak ini.  Beliau berkata orang Melayu Sarawak dan Melanau  juga ada hak tersebut pada 1 Januari 2017 dan berharap mereka memahami tindakan warga Dayak sepeti yang dilaporkan di theborneopost.com .

Seperti yang dilaporkan oleh media tempatan kegagalan itu kerana Mahkamah Persekutuan menolak adat “pemakai menoa” dan “galau” dalam masyarakat Iban tiada kuasa undang-undang sekadar satu adat semata-mata.

PEMIMPIN MELAYU BELUM BUAT KENYATAAN

Kedua sebabnya adalah selepas makan tengah hari di Satok pada hari Rabu, 3 Januari 2017, saya telah disapa di kaki lima oleh seorang kenalan yang bertanya apakah pandangan saya tentang HAB yang sekarang hangat.  Dia memberitahu bahawa dia adalah salah seorang antara ribuan pembaca blog sanibsaid.com.

Ternyata belum ada lagi pemimpin Melayu, iaitu wakil rakyat yang telah diundi yang diterkenal dengan panggilan YB (Yang Berhormat), tampil membuat kenyataan kepada media.

GRADUAN OXFORD UNIVERSITY

Jika saya ada sedikit ilmu tentang HAB maka itu adalah berdasarkan kajian tesis sarjana pada tahun 1977 tentang politik Melayu Sarawak.  Isu HAB adalah satu isu politik yang sensitif dan panas semenjak zaman Brooke.  Pada zaman koloni British telah menugaskan Anthony Richards, seorang graduan Oxford University yang telah menyertai perkhidmatan Brooke pada tahun 1930an dan lama berkhidmat di Bahagian Simanggang sebagai DO (District Officer) dan Residen.  Beliau dianggap seorang pakar dalam sejarah dan kebudayaan Iban dan telah diarah menggubal Sarawak Land Code 1957 dan telah memasukkan HAB yang masih diterima pakai pada masa sekarang.

ABDUL TAIB MAHMUD DIPECAT

Pada tahun 1966, selang baharu sahaja merdeka dalam Malaysia, Ketua Menteri, Dato Stephen Kalong Ningkan, telah mencuba membuat pindaan pada kanun pada tahun 1965.  Cadangan ini telah ditentang oleh En. Abdul Taib Mahmud ketika itu Menteri Perhubungan dan Kerja Raya.  Akibatnya En. Abdul Taib Mahmud (sekarang Tuan Yang Terutama Pehin Tun) telah dipecat oleh Ketua Menteri.  Peristiwa ini telah mencetuskan krisis politik yang sangat genting.

KETUA MENTERI HILANG JAWATAN

Isu ini juga telah diheret ke mahkamah.  Akibatnya Dato Stephen Kalong Ningkan pula yang kehilangan jawatannya pada tahun 1966.  Dan En. Abdul Taib Mahmud kembali ke kabinet negeri dan belasan tahun kemudian beliau pula menjadi Ketua Menteri Sarawak.

 

 

Facebook Comments

About sanibsaid

Studied History as my major from the University of Malaya, in particular history of Sarawak for BA, MA and PhD. My writings come from the English literature and my stories are from history. I have written several books, among them are Malay Politics in Sarawak (Oxford, 1985); Melayu Sarawak: Sejarah Yang Hilang (UNIMAS, 2013; 2nd ed. Saramedia, 2016).

Check Also

Sarawak menolak dasar Maqasid Syariah Pakatan Harapan

Kuching, 29 Ogos 2019 (SNN) – Ketua Menteri Sarawak, YAB Datuk Patinggi (Dr.) Hj. Abang Johari …

Leave a Reply