Naib Presiden PBB (Bumiputera) 2018. Dari kiri Abdul Karim, Julaihi, Dr. Anuar dan Dr. Abdul Rahman

BREAKING NEWS … BERITA TERKINI … JULAIHI KEKAL GAGAH KALAHKAN ASAKAN CALON MUDA!

YB DATUK JULAIHI NARAWI kekal gagah mengalahkan asakan calon-calon muda untuk mempertahankan jawatan Naib Presiden PBB, sayap Bumiputera.  Kemenangan Julaihi ini merupakan satu daripada beberapa kejutan apa bila keputusan pemilihan Naib Presiden diumum menjelang malam ini di Perhimpunan PBB ke-14 di Borneo Convention Centre, Kuching, Sarawak.

Keputusan Penuh

Speakar Tetap PBB, Datuk Amar Awang Asfia Awang Nasar telah mengumumkan keputusan tersebut sambil disaksikan oleh perwakilan PBB.  Keputusan penuh adalah seperti berikut: Datuk Julaihi Narawi, 770; YB HJ. Anuar Rapaei, 764; YB Abdul Rahman Junaidi, 719; YB Datuk Hj. Karim Hamzah, 698; YB Abdul Rahman Ismail, 585; YB Datu Len Talip, 487; dan YB Datuk Talib Zulpilip, 329.

Pemerhati Politik Terkejut

Ramai pemerhati politik Sarawak terkejut mendapati Abdul Karim tidak memberikan saingan mantap apa bila hanya mampu menduduki tempat keempat.  Dr. Anuar pula yang berjaya meraih undi kedua tertinggi walaupun beliau dikatakan mempunyai potensi yang sangat menyerlah.

Begitu juga dengan seorang lagi doktor perubatan, Dr. Abdul Rahman Junaidi yang tidak diduga mendapat keputusan ketiga tertinggi.  Sementara seorang lagi doktor perubatan dari Limbang, Dr. Abdul Rahman Ismail hampir sahaja menang.

Zon Utara Tidak Mempunyai Wakil

Desas-desus yang tersebar mengatakan wujudnya pasukan 1 Peguam 3 Doktor untuk menguasai kempat jawatan Naib Presiden PBB itu hampir-hampir menjadi kenyataan.

Begitu juga harapan agar ada kesaksamaan perwakilan untuk mewakili keseluruhan negeri Sarawak yang besar ini tidak mendapat sambutan.  Zon utara tidak mempunyai wakil di peringkat ini sementara tumpuan masih dibolot oleh zon selatan.

Bagaimanapun gandingan orang lama dan muda dalam PBB selepas perhimpunan ini harus memupuk semangat bekerjasama untuk melaksanakan agenda dan harapan penduduk bumiputera di negeri Sarawak.

Facebook Comments

About sanibsaid

Studied History as my major from the University of Malaya, in particular history of Sarawak for BA, MA and PhD. My writings come from the English literature and my stories are from history. I have written several books, among them are Malay Politics in Sarawak (Oxford, 1985); Melayu Sarawak: Sejarah Yang Hilang (UNIMAS, 2013; 2nd ed. Saramedia, 2016).