Astana Sarawak

Abang Johari Ziarahi Makam Datu Patinggi Hj. Abang Abdul Ghafor di Melaka: Kezaliman Brooke (Bhgn. 2)

sambungan … Bhg. 2

Perluasan jajahan Brooke 1860 telah sampai Tanjung Kidurong.

Orang Eropah di Kuching

Arca gangsa wajah Sharif Masahor

Spenser St. John, mantan setiausaha James Brooke dan kini konsul British di Brunei, pernah menulis;

“Masahor himself came in, naked to the waist which looked anything but peaceful, with his kris ready for action. He came and sat down by my side …. He was a fine man, with a heavy, though in general a smiling, sympathetic experience …He had been old and familiar friends in days gone by ….”

Di samping itu masyarakat orang Eropah di Kuching juga mempunyai padangan yang bagus tentang tokoh ini:

“We all liked him. He appeared to seek European society, and by the hour would stand listening to Mrs. McDougall [wife of the Bishop of Sarawak] playing the piano; at other times he was a diligent attendant at our chess club, and many a tough game we had together.”

Oleh yang demikian tiada siapa yang menduga dalam masa yang sama beliau sedang merancang untuk mengulingkan kerajaan James Brooke.

1853 Merancang Kebangkitan: One Treacherous Blow

James Brooke mohon bantuan orang Melayu

Bagaimanapun, pada akhir 1853, Abdul Ghafor telah merancang satu kebangkitan orang Melayu di Sarawak menentang James Brooke. Rancangan mereka adalah “to get the Europeans together to strike one treacherous blow” dan mengambil alih kerajaan James Brooke. Pada awal 1854, Abdul Ghafor dilaporkan telah menganjurkan, “odd proceedings and military movements without being suspected.” Beberapa bulan kemudian, peluang tersebut tiba apabila Abdul Ghafor bersama dengan pengikutnya menyertai rombongan James Brooke dengan Charles Brooke ke Batang Lupar.

Abdul Ghafor akan menyerang mereka pada satu tempat yang terpencil tetapi rancangan ini telah diketahui oleh Abang Fatah, anak kepada Datu Temenggong yang kemudian menceritakan kepada Spenser St. John, yang kebetulan melawat Kuching dari ibu kota Kesultanan Brunei. Dengan serta merta, St. John telah menghantar surat kepada James Brooke dan sempat menerima amaran tersebut. James Brooke dan rombongannya berpatah balik dan setibanya di Kuching, beliau telah mengutuk dan menghina Abdul Ghafor di hadapan semua datu-datu dan dilucutkan gelaran-jawatan Datu Patinggi. Sebagai hukuman tambahan “property, guns, lelah, musket and powder were confiscated and banished to Mecca.

Melayu Tumpaskan Pemberontakan China, 1857

Melayu Sarawak dengan pakaian sultan dan pendekar.

Peranan Sharif Masahor dalam peristiwa ini adalah jelas; tetapi beliau telah ditegah memasuki Sarawak. Pada tahun 1857, kedua pemimpin Melayu ini telah dimaafkan oleh James Brooke kerana mereka telah memainkan peranan penting dalam menumpaskan pemberontakan China tetapi Haji Abdul Ghafor tidak diberikan gelaran-jawatan beliau yang lalu. Di dalam beberapa buah buku peristiwa berdarah ini menyatakan bahawa orang Iban dari Skrang yang menumpaskan pemberontakan China. Kajian terbaharu oleh Dr. John Walker telah mendapatkan bukti bahawa orang Iban dari Skrang tidak sempat terlibat kerana orang Melayu di Kuching telah berjaya menewaskan orang China.

Bagaimanapun Sharif Masahor dan Abdul Ghafor tidak pernah lupa dan tidak pernah memaafkan James Brooke. Pada tahun 1859, mereka sekali lagi telah merancang satu lagi kebangkitan penduduk Sarawak untuk mengulingkan kerajaan James Brooke. Mereka merancang kebangkitan serentak di empat buah pekan, iaitu Kanowit, Sarikei, Lundu dan Kuching. Tujuan utama kebangkitan ini adalah untuk membunuh semua orang Eropah di Sarawak. Berita tentang kebangkitan ini tersebar dengan pantas dan tidak dipedulikan oleh James Brooke serta pegawai-pegawainya.

Sharif Masahor Serang Kubu Kanowit, Jun 1859

Kubu Kanowit

Pada 29 June 1859, ketika James Brooke dan anak saudaranya, Brooke Brooke sedang bercuti di England dan menyerahkan pentadbiran Sarawak kepada Charles Brooke, pengikut Sharif Masahor telah menyerang Kubu Kanowit dan berjaya menewaskan dua orang Eropah, Charles Fox dan Henry Steele. Sepatutnya serangan serupa juga dilancarkan di tiga buah pekan seperti yang dirancang tetapi Charles Brooke telah mengambil tindakan pantas dengan menghukum mati sepuluh orang tanpa perbicaraan dan serta-merta juga membakar hangus rumah panjang suku kaum Kanowit. Malangnya, sekali lagi rancangan Sharif Masahor dan Abdul Ghafor telah gagal dan mereka telah dihukum; Abdul Ghafor dibuang negeri ke Singapura dan Sharif Masahor pula dibuang negeri ke ibu kota Kesultanan Brunei.

Kematian Charles Fox dan Henry Steele dan terbongkarnya rancangan kebangkitan untuk membunuh orang Eropah dan seterus menjatuhkan James Brooke telah menakutkan masyarakat Eropah di Sarawak. Mereka percaya ini adalah kebangkitan Islam menentang penganut Kristian. Kebimbangan demikian pernah dicatatkan seperti berikut:

“The gentlemen, to a man, stuck to their posts with firmness, and rode out the storm …the second class lost courage; while the Bishop and some of the missionaries left, the former taking home news that a Mohammedan plot, with Datu [Imam] (the rival Mohammedan Bishop) at the head of it ….”

Bishop bagi orang Kristian ketika itu terlalu takut sehingga beliau mencadangkan kepada ketuanya di England supaya kerja-kerja dakwah Kristianiti diberhentikan di Sarawak.

 

bersambung … Bhgn.3, 26 Ogos 2017.

Facebook Comments

About sanibsaid

Majored in History from from the University of Malaya, in particular history of Sarawak for BA, MA and PhD. My writings come from the English literature and my stories are from history. I have written several books, among them are Malay Politics in Sarawak (Oxford, 1985); Melayu Sarawak: Sejarah Yang Hilang (UNIMAS, 2013; 2nd ed. Saramedia, 2016).