Blog

5 Fakta Sejarah Tentang Simanggang dan Sri Aman

YAB Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Dr. Abang Johari bin Tun Abang Openg telah mengumumkan nama Bahagian Ke-3 pada 25 Okotber 2019.  Nama lama yang terkenal, Simanggang akan digunakan untuk nama pekan utama.  Sementara itu, Sri Aman pula akan dijadikan nama Bahagian.  Kedua-dua nama ini mempunyai sejarah penting masing-masing.  Ada 3 fakta tentang dua nama ini yang menarik untuk diketahui

Peta lembah Batang Lupar. Gambar Google Map.

1. Batang Lupar dan Sungai Skrang

Dari segi geografi Simanggang-Sri Aman ini terletak dalam lembah Batang Lupar, sungai yang terkenal dengan benak dan buaya.  Di muara Batang Lupar terdapat Sungai Lingga yang menerima aliran Sungai Pantu dan Sungai Kalauh.  Di kawasan hulu pula Batang Lupar bertemu dengan Sungai Skrang dan Sungai Undup.

2. Skrang dan Sharip Sahap

Lakaran Kubu Skrang dalam buku, C. Brooke, Ten Years, 1866

Semasa menjadi takluk Kesultanan Brunei pusat pentadbiran lembah Batang Lupar terletak di muara Sungai Skrang dan Batang Lupar.  Sebuah bangunan kubu pentadbiran telah didirikan oleh pihak Kesultanan Brunei.  Antara tokoh yang pernah berkuasa di Skrang adalah Laksamana Minudeen, keturunan Datu Abang Gudam, Raja Saribas.  Kemudian Sultan Brunei melantik Sharip Sahap dan Sharip Matussain.  Tetapi putera Laksamana Minudeen, Abang Aing, kemudian menjadi Native Officer Sarawak membantu Charles Brooke selepas tahun 1853.  Sehubungan itu maka kampung-kampung Melayu turut dibina di Skarang dan juga di Lemanak.

Kubu Alice, Simanggang,1875.

3. 1864 Pindah Ke Simanggang

Pada tahun 1864, Charles Brooke yang ketika itu menjalankan tugas paciknya, Tuan Besar James Brooke yang uzur, telah memindahkan pusat pentadbiran ke Simanggang.  Sebuah kampung yang dipanggil Simanggang, iaitu seorang penduduk bernama Manggang.  Sebelum menjadi Rajah, Charles Brooke telah ditugaskan oleh James Brooke mentadbir lembah Batang Lupar dengan penuh kebebasan dan Charles mengemari kerja yang ditengah belantara.  Beliau bermula bertugas di Lingga pada tahun 1953.  Beliau dibantu oleh Abang Aing yang dilantik menjadi Native Officer yang bertugas sebagai penasihat dan pengawal peribadi.  

Abdul Rahman Ya’kub bertukar-tukar Perjanjian Sri Aman dengan Bong Kee Chok, 1973

4. Abdul Rahman Ya’kub dan Komunis

Nama Sri Aman pula adalah nama baharu untuk meraikan perjanjian damai antara Kerajaan Negeri Sarawak dengan kumpulan pengganas komunis pada tahun 1973.  Perjanjian ini telah membawa keamanan bukan sahaja di Bahagian Simanggang tetapi juga untuk seluruh Sarawak.  Perjanjian tersebut telah ditandatangani oleh Ketua Menteri ketika itu, Datuk Abdul Rahman Ya’kub dengan Bong Kee Chok.  Lambang keamanan berbentuk tugu sepasang burung merpati telah juga dibina di sebuah bulatan di pekan tersebut.5. Kenapa terdapat benak di Batang Lupar?  Antara sebabnya adalah kerana di kuala Batang Lupar ini terdapat halangan batu di dalam air.  Apa bila air surut berlakulah arus air deras yang tidak dapat mengalir ke laut dengan cepat maka arus air surut ini melantung balik sehingga menjadikan gelombang menuju ke hulu semula.  Itulah benak.

Asalnya di Skrang, kemudian pindah ke Simanggang dan selepas itu menjadi Sri Aman. Kini menjadi Bahagian Sri Aman dan pekan utama kembali dipanggil Simanggang. Apakah tidak mungkin pada masa depan kembali ke tempat asal, Skrang.

Facebook Comments

sanibsaid

Studied History as my major from the University of Malaya, in particular history of Sarawak for BA, MA and PhD. My writings come from the English literature and my stories are from history. I have written several books, among them are Malay Politics in Sarawak (Oxford, 1985); Melayu Sarawak: Sejarah Yang Hilang (UNIMAS, 2013; 2nd ed. Saramedia, 2016).

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button
Close