Negeri Sarawak

3 Sebab Mengapa Barisan Nasional Sarawak Tidak Perlu Masuk Pakatan Harapan

BARISAN NASIONAL telah kalah di tangan Pakatan Harapan dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) yang telah berlangsung pada 9 Mei 2018 untuk Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri kecuali negeri Sarawak.  Keputusan PRU14 telah melayakkan Pakatan Harapan membentuk kerajaan Persekutuan Malaysia di Putra Jaya, Wilayah Kuala Lumpur dan Barisan Nasional buat pertama kali semenjak 1957 menjadi pembangkang.

Dalam PRU14 ini Sarawak tidak mengadakan pilihan raya untuk Dewan Undangan Negeri dan hanya terlibat dalam pemilihan untuk Dewan Rakyat.  Prestasi Barisan Nasional Negeri Sarawak tidak boleh dibanggakan, walaupun tidak kalah banyak.  Bagaimanapun PRU14 ini telah menjadikan Kerajaan Negeri Sarawak di bawah Barisan Nasional telah menjadi sebuah negeri pembangkang.

Sepatutnya kedudukan sebagai pembangkang bukan lagi perkara yang aneh kerana negeri Selangor, Pulau Pinang (nama yang sebenar), Kelantan, Kedah dan Trengganu pernah menjadi negeri pembangkang pada zaman Kerajaan Barisan Nasional.  Pesaka Bumiputera Bersatu, sebuah parti yang terkuat di Sarawak harus terus bertahan dan terus berjuang berlandaskan tujuan dan matlamat parti.

Lambang parti PBB.

Ada 3 sebab mengapa Sarawak tidak perlu melompat masuk Pakatan Harapan.

  1.  Tidak ada UMNO di Sarawak, semua parti komponen Barisan Nasional adalah parti politik negeri Sarawak sendiri.
  2. Sarawak merupakan sebuah negeri yang kaya dengan simpanan rezab sekitar RM40 bilion.
  3. Sarawak memiliki sumber asli, pertanian dan perkilangan yang mantap

Malah dalam beberapa projek, negeri ini sendiri yang mendahulukan peruntukan kewangan, seperti lebuh raya pesisir dan pemulihan sekolah daif.

Facebook Comments

About sanibsaid

Studied History as my major from the University of Malaya, in particular history of Sarawak for BA, MA and PhD. My writings come from the English literature and my stories are from history. I have written several books, among them are Malay Politics in Sarawak (Oxford, 1985); Melayu Sarawak: Sejarah Yang Hilang (UNIMAS, 2013; 2nd ed. Saramedia, 2016).