10 PERKARA MELAYU SARAWAK MESTI TAHU TENTANG TANAH HAK ADAT BUMIPUTERA

Angka perbandingan antara Dayak dan Melayu miliki tanah Hak Adat Bumiputera Sarawak

 

Semenjak kebelakangan ini isu tanah Hak Adat Bumiputera Sarawak (NCR – Native Customary Rights) menjadi isu hangat sosial dan politik di Sarawak.  Masyarakat Dayak, khususnya kaum Iban, telah diperuntukan 2 juta hektar namum mereka telah mengemukakan tuntutan baharu dengan menggunakan adat  Pulau Galau dan Pemakai Menoa.  Desakan ini telah menimbulkan keresahan di kalangan kaum Melayu Sarawak.

Hak Adat Bumiputera Sarawak yang termaktub dalam undang-undang Sarawak Land Code (1958) memberikan hak yang sama kepada kaum Melayu Sarawak.  Kaum Melayu Sarawak mestilah memahami 10 Perkara tentang kedudukan dan fakta sebenar untuk mengambil tindakan sewajarnya dalam masa terdekat, jangan tunggu lama-lama:

  1. 2,000,000 hektar (2 juta hektar) tanah Hak Adat Bumiputera untuk penduduk Dayak telah diperuntukan oleh Kerajaan Negeri Sarawak.
  2. RM2,000,000 (2 juta ringgit) untuk menyukat 2,000,000 hektar tanah Hak Adat Bumiputera penduduk Dayak telah diluluskan oleh Kerajaan Persekutuan Malaysia.
  3. 804,826 hektar telah disukat sehingga tahun 2017.
  4. 643,017 hektar telah diwartakan dengan rasmi oleh Kerajaan Negeri Sarawak.
  5. Kerajaan Negeri Sarawak telah membentuk sebuah Task Force terdiri dari: YB Datuk Amar Douglas Uggah (Pengerusi) Menteri Negeri dan Persekutuan, ahli politik, pegawai kanan Kerajaan dan pengamal undang-undang.
  6. Sebuah Working Committee telah ditubuhkan yang dianggotai oleh:
    • Datu Jaul Samion
    • Datu Ganie Ugay
    • Datu Thomas Akin Jelimin
    • Encik Francis Johen Adam
    • Encik Kilat Beriak;
    • Encik Ding Seling;
    • Encik Paul Raja
    • Encik Salang Manjan (Secretary)
  7. Task Force ini telah pertama kali bermesyuarat pada 14 Mac 2017 dan sehingga 8 November 2017 telah ada 12 pertemuan.
  8. Dayak, khususnya kaum Iban, sekarang menuntut tanah adat yang lebih luas lagi dengan menggunakan Pulau Galau dan  Pemakai Menoa.
  9. Kerajaan Negeri Sarawak akan membentangkan usul meminda Sarawak Land Code 1958 pada persidangan DUNS pada bulan Mei 2018 untuk mengiktiraf Pulau Galau dan Pemakai Menoa.
  10. Epilog Untuk Melayu Sarawak:

Seri Sarawak, sungainya sempit

Buahlah rengas, sayang,  hai lambung-lambungan

Hendakku bawa, perahuku sempit

Tinggalah emak, sayang, tinggallah emak tinggallah junjungan

 

Sumber Rasmi: Hansard, DUN Sarawak, Ucapan Penggulungan YB Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah.

Facebook Comments

About sanibsaid

Majored in History from from the University of Malaya, in particular history of Sarawak for BA, MA and PhD. My writings come from the English literature and my stories are from history. I have written several books, among them are Malay Politics in Sarawak (Oxford, 1985); Melayu Sarawak: Sejarah Yang Hilang (UNIMAS, 2013; 2nd ed. Saramedia, 2016).